MOROCCAN LAVA CLAY POWDER

19247971_239475483231452_1163409410905122501_n

Moroccan Lava Clay Powder

Terkenal sebagai ‘Ghassoul’ atau ‘Rhassoul’, Moroccan Lava Clay Powder merupakan galian asli dari pergunungan berapi di utara Maghribi yang kaya dengan mineral dan provitamin yang sangat bermanfaat untuk kesihatan kulit dan rambut. Ianya bertindak membersih, melembutkan serta menyihatkan kulit wajah dan rambut dengan 100% sumber semulajadi, tanpa bahan kimia atau sintetik. Ia juga membantu mengurangkan kulit berminyak, merawat jerawat serta menghaluskan pori dan struktur kulit yang kasar, dengan hanya 1 kali penggunaan. Ia bertindak mengeluarkan toksin, kotoran dan sel kulit mati sambil membekalkan kulit dengan khasiat mineral yang sangat diperlukan untuk wajah jelita sempurna. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Cara Penggunaan Sebagai Masker Wajah:

Bancuh ½ sudu teh Clay bersama 1 ½ sudu air dan beberapa titik minyak argan Pure Oil Series 01. Sapu dengan sekata ke seluruh muka dan leher dan biarkan ia kering selama tempoh berikut:
Untuk kulit kering: 4-5 minit
Untuk kulit normal: 5-6 minit
Untuk kulit berminyak: 6-7 minit.

Setelah itu, bilas dengan air sambil menggosok dengan perlahan, ianya akan bertindak seperti skrub. Kemudian, bilas sepenuhnya dan keringkan. Ulangi 2-3 kali seminggu.

Tambahan:
Moroccan Lava Clay Powder juga boleh dibancuh bersama bahan lain untuk kesan lebih khusus untuk masalah wajah seperti:

Minyak tea tree Pure Oil Series 02 untuk kulit berjerawat
Madu asli untuk atasi kekeringan kulit
Serbuk penaik (sodium bikarbonat) untuk mengatasi kulit kusam
Perahan daun lidah buaya (aloe vera) untuk mempercepatkan penyembuhan luka dan parut
Serbuk koko untuk kesan anti-penuaan

Cara Penggunaan Sebagai Masker Rambut:

Bancuh ¼ cawan Clay bersama ½ cawan air & 10 titik minyak argan Pure Oil Series 01, kemudian kacau sehingga sebati. Lembapkan rambut dengan sedikit air. Bahagi rambut kepada beberapa bahagian dan sapu bancuhan Clay pada seluruh rambut dan kulit kepala. Biarkan 5 minit, kemudian basuh dan bilas rambut sepenuhnya. Ulangi setiap minggu untuk rambut yang sihat, lebih kuat dan lembut.

19732198_239475466564787_1277004925379847984_n

Dapatkan semua rangkaian produk Secretleaf di kiosk Secretleaf Tesco Extra Ampang atau hubungi kami di http://www.wasap.my/60136285711